KUALA LUMPUR, 2 OGOS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir bersama beberapa ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pengikutnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membuat lima laporan polis berkenaan kenyataan memfitnah Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dinyatakan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Jamal, Dalam kenyataan Tun Mahathir, Tun Mahathir memberitahu, TPM datang berjumpa beliau setelah dilantik menjadi jawatan tersebut untuk bersekongkol menjatuhkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Razak.

" Bagi kami tuduhan tersebut adalah satu tuduhan fitnah untuk mengusarkan orang ramai ataupun ahli - ahli umno, Kita berharap Tun Mahathir dan mereka - mereka yang membuat tuduhan ini tampil ke balai polis membuat laporan polis jika benar apa yg diperkatakan," kata Jamal lagi.

" Kami sedikit pun tidak percaya hasutan fitnah yang sebegitu, perkara tersebut sebenarnya meresahkan beliau tentang apa yg didedahkan oleh TPM ketika beliau Merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Kelana Jaya pada minggu yang lepas ".

TPM menyatakan Mahathir adalah anak lelaki kepada Iskandar Kutty.

Jamal juga memperkatakan perkara itu adalah perkara benar yang perlu dimaklumkan kerana TPM mengetahuinya walaupun sebelum ini umum telah pun mengetahui tentang siapakah Tun Mahathir ini seperti yang telah disebut oleh pemimpin - pemimpin pembangkang semasa ceramah -ceramah pembangkang yang terdahulu.

Menurut Jamal lagi, Kalau kita lihat dlm ucapan Anwar Ibrahim sebelum ini pun sudah beberapa kali mendedahkan siapakah Tun Mahathir dan perkara ini tidak perlu disembunyikan kerana sudah kenyataan daripada mana asal usul kita.

" Macam Saya Asal Usul Keturunan Saya Adalah Banjar, Ibu Bapa saya pun orang banjar, di dalam negara kita ini pun ramai yang berbilang kaum, Jadi Apa Masalah? ," kata Jamal lagi.

Sebenarnya apa yang ingin disampaikan oleh YAB TPM adalah ' Jangan jadi orang yg celaka macam Tun Mahathir ', TPM mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mengingatkan Ahli-Ahli UMNO, terutama pemimpin UMNO, supaya tidak menjadi macam Tun Mahathir ' Habis Madu Sepah Dibuang ', kata Jamal.

Jamal berkata lagi, " Kenapa saya cakap mahathir celaka, ini kerana setelah 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, setelah selama beliau hidup didalam UMNO mendidik org UMNO supaya patuh kepada pemimpin, tiba - tiba beliau menjadikan parti UMNO ini sebagai parti loncatan untuk memijak kepala orang orang melayu di dalam UMNO ini untuk kerjaya politik dan kejayaan keluarga beliau ,".

Betullah apa yg dinyatakan oleh TPM, ' Habis Madu Sepah Dibuang ', kami menyokong sepenuhnya kenyataan ini kerana inilah yg perlu didedahkan kpd org ramai siapakah sebenarnya Tun Mahathir Mohamad.

" Beliau adalah bapa kepada perpecahan, daripada manakah PKR wujud, dari kezaliman beliau terhadap Anwar Ibrahim, daripada manakah PPBM wujud, dari sikap tamak ingin menjatuhkan PM ," ulas Jamal lagi.

Didalam umno ada juga yg berketurunan darah india muslim tetapi mereka tahu asal usul mereka. Tetapi Tun Mahathir tidak mengaku asal usul beliau itu YAB TPM maksudkan .

Jamal turut memberitahu kepada media, Tun Mahathir berhasrat untuk UMNO ini dihancurkan, untuk dipecahkan dan untuk dikuburkan, kalau ikut apa yg diucapkan berkali - kali didalam kenyataan media dan sebagainya, sedangkan UMNO inilah yg menjadikan keluarga beliau kaya raya.

" Kami datang pada hari ini untuk membuat laporan polis berkenaan isu terbabit untuk membersihkan nama baik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi ". - KITAIKINI