KUALA LUMPUR, 1 OGOS - Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah bersama beberapa ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd Imran Tamrin hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk memberikan keterangan berkenaan kekecohan yang berlaku diantara Pemuda ARMADA BERSATU dan Pemuda UMNO di bangunan PWTC pada 25 Julai 2017 yang lalu.

Dalam masa yang sama mereka juga turut membuat laporan polis terhadap Saudara Zahid Bin Mat Arip ( Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ) dan bloggers 'Minaq Jinggo' berkenaan satu video yang dikeluarkan pada 30 Julai 2017 yang memberikan pandangan negatif terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi.

Kenyataan yang dikeluarkan didalam video berdurasi 4.08 saat berkenaan didapati berunsurkan niat jahat dan mengugat kredebiliti YAB TPM.

Menurut Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd Imran Tamrin, Saudara Zahid Mat Arip telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menyatakan TPM pernah bersemuka dengan Pengerusi BERSATU Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad secara peribadi dan dalam kenyataan tersebut turut dilihat berniat untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Dalam kenyataan kedua daripada Saudara Zahid Mat Arip, beliau menggambarkan bahawa TPM mempunyai tanggapan negatif terhadap Kaum India Muslim kerana kenyataan beliau boleh mencetuskan provokasi dan mengugat ketenteraman di antara kaum serta ketenteraman awam.

Oleh kerana video berkenaan juga, Pemuda ARMADA telah berkumpul di Parlimen pada pagi tadi untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap TPM, seolah - olah TPM mempunyai tanggapan negatif terhadap Kaum India Muslim.

Menurut Imran lagi, Sebenarnya Saudara Zahid Mat Arip inilah yang menjadi punca memberikan keterangan yang negatif di dalam video tersebut dan mengundang persepsi yang sebaliknya diatas ucapan YAB TPM sebelum ini.

" Kami berharap pihak polis dapat memberikan keutamaan kepada perkara ini dan kami juga berharap pihak polis dapat melakukan siasatan dengan lebih lanjut kerana perkara ini melibatkan ketenteraman awam dan toleransi diantara kaum," kata Imran lagi.

Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah pula berkata, beliau dan beberapa lagi individu membuat dua laporan polis berkenaan Isu video Saudara Zahid Mat Arip dan Provokasi yang dilakukan oleh Pemuda Armada di Parlimen pada pagi tadi.

Armand berkata lagi, Perkara yang dikeluarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi berkenaan adalah benar dan bukannya fitnah kerana perkara ini satu kebenaran dan sejarah tidak boleh dipadam.

" Ahli Bersatu tidak dapat menerima pemimpin mereka yang berketurunan India Muslim, Kenapa kita perlu malu menyatakan asal usul kita sedangkan itulah kebenaran yang kita kena terima," kata Armand lagi.

Armand turut memberitahu yang beliau tidak malu menyatakan yang beliau berasal dari kampung di Tambun, Perak, anak orang kampung yang susah dan berniaga Kantin sehingga beliau kini menjadi Orang Susah Yang Berjaya.

Perkara Asal Usul Tun Mahathir ini bukan berasal daripada Ahli UMNO tetapi ahli Pembangkang yang dahulunya menghina Tun Mahathir yang mengeluarkan kalam berbunyi ' Mahathir Kutty, kata Armand lagi.

" Hari ini mereka mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad seperti tidak ada sejarah mereka menghina pemimpin itu". - KITAIKINI