KLANG, 6 OGOS - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam hadir di Dewan Hotel Crystal Crown, Klang Untuk Merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Klang bagi tahun 2017.

Turut hadir bersama ialah Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Haji Nasarrudin Bin Datuk Hj Md Zin, Ketua Pemuda Negeri Selangor/ Ketua Pemuda Klang, Zainuri Bin Datuk Hj Zainal dan Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah serta 300 orang perwakilan pemuda turut hadir ke mesyuarat berkenaan yang bermula dari jam 2 petang sehingga 7 malam.

Sambutan turut dimeriahkan dengan melaungkan Slogan 'Gempur' yang menggegarkan dewan untuk Misi Menawan Kembali Negeri Selangor Pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka tiba tidak lama lagi.

Jamal dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memudahkan kemenangan UMNO Selangor pada PRU14 yang akan datang.

Jamal memberitahu, Apabila Tun Mahathir berada didalam Pakatan Harapan, Ramai ahli-ahli Pakatan Harapan terutama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah kehadirannya di dalam komponen parti tersebut dan kembali kepada UMNO oleh kerana atas sebab peristiwa yang tidak dapat dilupakan sewaktu mereka berada pada zaman Reformasi yang dahulunya untuk mempertahankan Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR).

" Penyokong - Penyokong Anwar Ibrahim tidak dapat menerima Tun Mahathir kerana orang - orang ini ketika di zaman pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir menganggap mereka seperti anjing, dilokap, ditangkap, dipenjara, ditembak 'Water Cannon', ditembak gas pemedih mata oleh anggota polis, dihumban sana sini dan bermacam - macam lagi," kata Jamal lagi.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu DAP pula hanya mengambil kesempatan diatas Tun Mahathir kononnya dapat memecahbelahkan orang melayu terutamanya ahli UMNO dan DAP pula menyasarkan sebanyak 5% ahli UMNO akan keluar daripada parti dan menyokong Pakatan Harapan dengan kehadiran Tun Mahathir ini.

" Tetapi mereka tidak melihat penyokong - penyokong kuat dibawah mereka ini telahpun hancur, Ini dibuktikan semasa kemenangan Pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dimana Barisan Nasional (BN) telah memenangi perbezaan majoriti undi sebanyak 9191 undi jika dibandingkan pada PRU13 yang lalu hanya mendapat perbezaan majoriti 399 undi," kata Jamal.

Kemenangan semasa di PRK di Sungai Besar yang lalu turut disumbangkan oleh orang - orang yang kuat menyokong Pakatan Harapan ketika PRU 13 yang lepas.

Kata Jamal lagi, " Mereka datang berjumpa dengan saya untuk membincangkan perkara berkenaan, dimana mereka tidak menyukai Tun Mahathir kerana Tun Mahathir lah yang membuatkan mereka merana sewaktu dizaman Reformasi dahulu ".

Jamal turut yakin, walaupun pembangkang senang dengan kehadiran Tun Mahathir di dalam Pakatan Harapan tetapi mereka - mereka yang dahulunya bersama Pakatan Harapan akan kembali kepada Barisan Nasional, walaupun perpecahan sedikit didalam BN tetapi di dalam Pakatan Harapan perpecahannya terlalu banyak termasuklah Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kini tidak bersama mereka.

" Bagi saya apa saja yang dilakukan ini adalah sandiwara bukan untuk memperdaya UMNO tetapi untuk memperdaya Pakatan Harapan,Kalau mengikut sebelum kehadiran Tun Mahathir didalam Pembangkang, Saya selaku Ahli Jawatan Kuasa Perhubungan Negeri Selangor menjangkakan kami tidak ada peluang lagi untuk menawan Negeri Selangor ini tetapi apabila Tun Mahathir berada di pihak mereka, kami percaya kami akan rampas kembali Negeri Selangor, ini janji kami," kata Jamal lagi.

Jamal juga memberitahu kepada media, Didalam masa terdekat ini Jamal akan membongkar lagi salah laku Kerajaan Negeri Selangor disertakan bersama dengan dokumen, bukan macam Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang hanya tahu bercakap sahaja, bila diminta bukti serta kesahihannya tiada. - KITAIKINI