AMPANG, 10 JULAI - Datuk Seri Jamal Md Yunos berharap Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak tabah menghadapi dugaan yang berlaku dan berharap PM akan meneruskan momentum yang beliau lakukan walaupun diasak dan difitnah oleh perasuk - perasuk Iblis.

Jamal berkata, " Kita lihat pada hari ini PM masih tersenyum dan tidak menggambarkan kegentaran ataupun ketakutan malah hari demi hari beliau tetap yakin kerana orang yg selalu difitnah, org yg selalu dituduh ini selalunya akan mendapat perlindungan dari Allah SWT ".

Department Of Justice (DoJ) adalah alat yang digunakan oleh pembangkang demi politik mereka serta untuk menjatuhkan kredibiliti PM Najib dimana DoJ dirasuah dibayar sebanyak RM 50 juta pada segelintir mereka disana untuk melakukan fitnah supaya rakyat membenci Perdana Menteri Malaysia.

" Saya ingin memberitahu kepada Rakyat Malaysia, Selain daripada orang yg menghantar dokumen beratus-ratus helai kepada DoJ yg telah pun di hebohkan oleh Sarawak Repot, Daripada siapa pula laporan itu dibuat," kata jamal lagi.

Laporan itu telah dibuat oleh Tun Mahathir dan pemimpin - pemimpin pembangkang yg lain, mereka mencipta fitnah supaya rakyat dapat diperbodohkan oleh mereka.

Jika perkara terbabit benar, Mengapa Perdana Menteri tidak dituduh sahaja di Malaysia, Kenapa mereka perlu pergi ke DoJ ?.

Rakyat malaysia ditipu oleh pembangkang kerana mempercayai hasutan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, kononnya PM akan didakwa dan selepas itu jika perkara terbabit tidak benar, Rafizi hanya memohon maaf dan perkara terbabit selesai.

Jamal terkilan kerana Individu seperti Perdana Menteri iaitu orang yang betul-betul melakukan kerja demi untuk rakyat Malaysia tidak diberi kepercayaan dan hanya mendengar fitnah daripada pembangkang tanpa usul periksa terlebih dahulu.

" Yang jelas Rafizi pernah mengatakan tugas mereka sebagai pembangkang adalah untuk menghasut rakyat dan membenci kerajaan Barisan Nasional, perkara terbabit terang-terangan menunjukkan pihak pembangkang tugas mereka untuk menghasut dan menyebarkan fitnah ".

" Saya percaya rakyat malaysia tidak akan termakan lagi dengan kata- kata rafizi kerana mereka bercakap tiada fakta ," kata jamal lagi.

" Presidan Amerika pun tidak mempercayai DoJ. Macammana rakyat malaysia nak mempercayainya ".

Jamal turut mengatakan, Saya percaya dengan keikhlasan dan kejujuran yang diberikan oleh Datuk Seri Najib, segala fitnah ini akan dibendung dan tidak akan meresapi di dalam jiwa kalangan rakyat malaysia. - KITAIKINI