AMPANG, 10 JULAI - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Ampang di Dewan Dato' Setia Mufti Suib, Bangunan UMNO Ampang malam tadi.

Dalam sesi ucapannya, Jamal memberi kata - kata semangat untuk Pemuda Umno Ampang supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang.

Dalam pada itu, Jamal turut menggesa Pemuda Umno Ampang supaya bekerja dengan lebih gigih lagi membantu Umno Bahagian Ampang menawan kembali kawasan berkenaan seterusnya membantu Barisan Nasional menawan kembali Negeri Selangor.

Dalam satu sesi sidang media, Jamal memberitahu, Mesyuarat Perwakilan di Peringkat Bahagian, Sayap Wanita, Puteri dan juga Pemuda UMNO telah mula bermesyuarat semenjak 7 Julai yg lalu dan kami di Umno Bahagian melihat Jentera Pilihanraya Barisan Nasional khususnya di Selangor sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRU ke 14 yang akan datang.

" Walaupun ada Pembangkang yang baharu yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan pengalaman beliau semenjak 22 tahun menjadi Perdana Menteri untuk menghentam dan memfitnah Perdana Menteri kini iaitu Datuk Seri Najib Bin Razak, Namun jarum yang mereka gunakan tidak sedikit pun membimbangkan kami, malah apa yang kami lihat, ahli-ahli Umno lebih bersemangat lagi untuk menentang mereka," katanya lagi.

Justeru itu, Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Selangor kini lebih mantap dan bagus untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan tiba tidak lama lagi. - KITAIKINI