KUALA LUMPUR, 6 JULAI - Selaras dengan usaha berterusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) akan berwajah baharu mulai 7.01 pagi pada 16 Julai ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata sistem STAMPS sedia ada akan ditutup mulai 10 malam 13 Julai hingga 7 pagi 16 Julai ini, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja integrasi data sistem yang baharu itu.

Orang ramai dinasihatkan membuat rujukan terlebih dahulu mengenai pengumuman perubahan STAMPS kepada User Interface baharu bagi mengakses sistem itu buat pertama kali menerusi http://stamps.hasil.gov.my/stamps/assets/manual/PERUBAHAN_UserInterface_STAMPS.pdf.

Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan melalui email ke stamps@hasil.gov.my atau di talian 03-83138888 sambungan 21557/21509/21555. - BERNAMA