KUALA LUMPUR, 5 JULAI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam kenyataan berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohamad Saip Mohd Taib merupakan pemilik NS Sutera Enterprise dan beralamat terakhir di M1 G-14, Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah, 55100 Ampang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Jais Sulaiman di talian 03-33715080/2579 atau 016-8024814. - BERNAMA