KUALA LUMPUR, 13 JULAI - U Mobile Sdn Bhd akan melaksanakan kerja naik taraf dan selenggara sistem berjadual pada Julai dan Ogos.

Ada kalangan pelanggan yang mungkin mengalami gangguan perkhidmatan dari 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 18 Julai dan 3 Ogos, serta 8 Ogos dan 9 Ogos mulai 12 tengah malam hingga 6.30 pagi, menurut syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan.

Semua perkhidmatan akan pulih sepenuhnya pada 10 Ogos, 2017.

"U Mobile memohon maaf atas sebarang masalah yang dialami, dan komited dalam memastikan usaha menaik taraf dan menyelenggara sistem selesai, dengan gangguan minimum kepada pelanggan," katanya.

Untuk maklumat lanjut hubungi Talian Khidmat Pelanggan U Mobile di +6018-388 1318. - BERNAMA