KANGAR, 21 JUN - Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mengadakan kempen derma darah khas Aidilfitri selama tiga hari mulai 28 Jun ini.

Menurut kenyataan HTF, waktu menderma dari 8 pagi hingga 5 petang dan rehat selama sejam bermula 1 tengah hari pada Rabu dan Khamis manakala waktu rehat hari Jumaat dari 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang.

HTF mengalu-alukan orang ramai yang sihat dan berumur 18 hingga 60 tahun untuk menderma darah bagi menampung keperluan kecemasan musim perayaan.

"Kempen ini adalah persediaan HTF bagi menghadapi kemungkinan berlaku kekurangan darah kerana kebiasaannya permintaan setiap musim perayaan meningkat melebihi hari-hari biasa," menurutnya. - BERNAMA