KUALA LUMPUR, 14 JUN - Bagi memudahkan orang ramai membeli-belah di ibu negara sempena Aidilfitri, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengguna laluan itu, mulai 6 pagi Sabtu ini hingga 6 pagi keesokannya (17 dan 18 Jun).

Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman berkata langkah itu bertujuan menggalakkan pengguna jalan raya menggunakan Lebuhraya SMART untuk ke pusat bandar raya.

"Kami berharap dengan diskaun awal ini dapat menggalakkan orang ramai menggunakan Lebuhraya SMART bagi tujuan menyediakan persiapan akhir Aidilfitri yang bakal tiba," katanya.

Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan ialah RM2.70 berbanding kadar biasa RM3 bagi setiap hala. - BERNAMA