KARACHI (Pakistan), 6 JUN - Seramai 350 keluarga kurang berkemampuan di Karachi, Pakistan, menerima bungkusan makanan hasil sumbangan Yayasan Diyanet Turki (TDV), lapor agensi berita Turki Anadolu.

Penyelaras projek Ahmet Kandemir berkata, bungkusan itu mengandungi barangan keperluan asas seperti tepung, minyak, lentil, beras dan kurma.

Antara penerima sumbangan ialah ibu tunggal dan anak-anak yatim dari Myanmar dan Bangladesh, katanya.

TDV sebuah kumpulan bantuan di bawah Direktorat Hal Ehwal Agama Turki turut merancang pada minggu depan untuk mengedarkan 1,500 bungkusan makanan kepada keluarga kurang bernasib baik di beberapa bandar termasuk Karachi, Islamabad dan Multan.

Selain itu, satu majlis berbuka puasa juga akan diadakan untuk meraikan 500 orang tetamu.

Sempena Ramadan TDV merancang mengadakan program membantu rakyat tertindas di 278 wilayah di 64 negara. - BERNAMA