KUALA LUMPUR, 7 JUN - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) hari ini mengumumkan pelantikan Goh Choon Phong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Airlines, sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola (BoG) IATA untuk tempoh setahun berkuat kuasa 6 Jun.

CEO Singapore Airlines itu menggantikan Willie Walsh, CEO of International Airlines Group, yang akan terus berkhidmat dalam BoG dan Pengerusi Jawatankuasa, kata IATA dalam satu kenyataan hari ini.

Goh menyertai Singapore Airlines pada 1990 dan memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Singapura dan di luar negara sebelum dilantik sebagai CEO pada 2011.

Beliau ialah Presiden ke-68 AGM IATA yang berlangsung di Singapura pada 2011 dan berkhidmat di BoG IATA sejak itu. - BERNAMA