SHAH ALAM, 26 MEI - Kompleks, PKNS, Shah Alam hari ini digemparkan dengan kehadiran hantu-hantu yang hadir di Pejabat Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) Negeri Selangor untuk membantah kehadiran pengundi-pengundi luar di Dun Sekinchan.

Simbolik berkenaan dipersembahkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menghantar Memorandum Bantahan terhadap pengundi hantu yang dibawa oleh Adun Sekinchan, YB Ng Suee Lim.

Perkara ini berikutan peningkatan pengundi secara mendadak di Dun Sekinchan yang dipercayai sebagai bukan taraf penduduk setempat di Dun berkenaan.

Menurut Jamal, " Sejak Akhir - Akhir ini, Barisan Nasional dituduh bersekongkol dengan Pihak SPR untuk memindahkan pengundi - pengundi hantu, hakikatnya yang berlaku sebenarnya adalah dari pihak parti pembangkang itu sendiri ".

" Perkara berkenaan sering dilakukan oleh mereka semenjak pilihanraya umum ke 11 lagi mengikut data yang telah dikeluarkan,".

Mereka (DAP) akan memindahkan pengundi - pengundi luar ke kawasan-kawasan yang tertentu dan dikenalpasti untuk membolehkan mereka memenangi kawasan/dun berkenaan.

Mengenai Dun Sekinchan, Jamal hari ini mendedahkan hampir 1800 orang pengundi luar yang telah didaftarkan pada tahun lepas untuk mengundi di Dun Sekinchan pada Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang.

Jamal berkata, " Pada Pru-13, DAP Sekinchan telah memenangi dun berkenaan dengan majoriti 2200 undi dan atas dasar tidak yakin dengan pengundi yang ada, Adun Sekinchan, Yb Ng Suee Lim telah menambah 1800 orang pengundi berkenaan dan menjadikan sebanyak 4000 orang pengundi Dun Sekinchan adalah Pengundi luar ".

Mengikut Statistik pengundi di Dun sekinchan, Seramai 14 000 orang di Dun Sekinchan tetapi sehingga Q4 tahun lepas Pengundi Sekinchan Menjadi 18 000 orang pengundi di Dun tersebut, dimana 10 000 orang pengundi adalah dari kaum cina.

" Berdasarkan Statistik Pengundi Cina, Pengundi tetap di Dun berkenaan sebenarnya hanyalah seramai 5800 orang pengundi dan didapati 4200 orang pengundi lagi dipercayai adalah pengundi luar.

Perkara ini dikenalpasti adalah pengundi luar kerana, pengundi yang baru dipindahkan ke Sekinchan mengunakan  alamat - alamat yang tidak betul dan tidak munasabah.

Malahan keluarga Adun Sekinchan, YB Ng Suee Lim juga dialamatkan di Pejabat DAP Sekinchan, Dimana tempat terbabit adalah bangunan tempat kerja dan bukannya kawasan perumahan.

Jamal menyerahkan Memorandum Bantahan dan Senarai nama sebanyak 1800 orang pengundi luar berkenaan kepada Pihak SPR untuk melakukan Siasatan.  - KITAIKINI