SHAH ALAM, 25 MEI - Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor untuk melaporkan kegiatan kecurian tanah yang dilakukan oleh Pihak Pemaju Paya Indah Wetland yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

Semalam, Jamal mendedahkan kegiatan kecurian lima hektar tanah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berhampiran Lebuhraya Plus Expressway (PLUS), Kawasan Rehat & Rawat Dengkil yang dipercayai digunakan untuk mengambus tanah di tapak bandar baharu, Paya Indah Wetland.

Menurut Jamal, Hutan Warisan Dunia atau lebih dikenali sebagai kawasan tadahan Hujan ini telah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan kawasan bandar baharu dan projek terbabit telah diserahkan kepada syarikat Gamuda Berhad.

Jamal turut mengulangi persoalan, " Adakah Benar Kerajaan Negeri sengaja meluluskan Projek ini demi mendapatkan 3 Billion dana untuk Pilihanraya umum ke 14 ( PRU14 ) yang akan datang? ".

" Tidakkah Kerajaan Negeri terfikir risiko yang akan ditanggung oleh rakyat Negeri Selangor seperti banjir, setelah Kawasan Tadahan Hujan terbabit tiada lagi ".

Semalam, Laporan Polis mengenai perkara ini juga telah di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. - KITAIKINI