DENGKIL, 24 MEI - " Ini Kali yang ketiga saya mendedahkan isu Kerakusan Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan kelulusan pembinaan Bandar Baharu di Paya Indah Wetland yang sudah diwartakan sebagai Hutan Warisan Dunia", itulah kata-kata dari Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Dalam pada itu, Jamal masih menunggu jawapan daripada Kerajaan Negeri Selangor mengenai perkara ini, dimana, Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek pembangunan bandar baharu berkenaan semata-mata ingin mencari dana peruntukan untuk Pilihanraya Umum Ke-14 ( PRU14 ) yang akan datang.

Jamal membawa rakan-rakan media untuk melihat satu lokasi yang dijadikan tempat pengambilan tanah secara haram oleh Pemaju Projek Paya Indah Wetlands berhampiran Lebuhraya PLUS, Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil.

Kunjungan Media dikawasan berkenaan mendapati terdapat beberapa buah lori mengambil tanah di kawasan berkenaan yang dipercayai bertujuan untuk menambus kawasan-kawasan di Paya Indah Wetland.

Status tanah terbabit yang dipercayai milik Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah dirobek dan mengakibatkan pemandangan yang cacat serta merosakkan alam semulajadi angkara perbuatan mengambil tanah secara haram berkenaan.

" Seluas 5 hektar tanah di kawasan terbabit telah dicuri, tidak termasuk kawasan-kawasan lain yang telah dirancang ".

" Adakah Kerajaan Negeri Selangor tidak mengetahui perkara ini, sedangkan sudah hampir setahun perkara ini berlaku ".

" Dimana Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Adakah mereka sudah mendapat Arahan daripada Menteri Besar Selangor, supaya perkara ini tidak diambil tindakan" kata jamal lagi.

Jamal juga berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mengambil tindakan terhadap kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Susulan daripada perkara itu, Jamal memberitahu, beberapa rakan dari pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan membuat laporan polis mengenai perkara terbabit serta akan membuat laporan kepada pihak SPRM pada hari esok. KITAIKINI