AMPANG, 23 MEI - Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan individu yang lain hadir di Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang pada hari ini untuk mendengar sebutan semula kes berhubung pertuduhan merusuh di pusat membeli belah Ampang Point pada november yang lalu.

Perbicaraan dibacakan di Mahkamah Majistret 1 dihadapan Hakim Majistret Tuan Mohamad Firdaus Bin Sadina Ali.

Jamal, 47, Reza Jamin, 37, Ariffin Abu Bakar, 47, Mohd. Shabudin Abu Hassan, 47, Izzrul Idris, 22, Hassanen Zikri Harizan, 24, Mohammad Faiz Amirul Mahsan, 22, Mohamad Yusoff Mohamad Sariff, 26, Abd. Razak Hassan, 29, dan R. Balaguru, 30, masing - masing hadir mendengar sebutan semula kes tersebut.

Mereka diwakili oleh 2 orang peguam iaitu Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Gerakan Merah, Dato Mohd Imran Tamrin dan En Khairul Anuar Kashim.

Mahkamah Majistret menetapkan 6 Julai 2017 ini untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Pada 13 November 2016 yang lalu, Jamal dan sembilan yang lain dituduh merusuh di Pusat Membeli Belah berkenaan ketika Gerakan Baju Merah dan Baju Kuning bertembung di dalam premis terbabit.

Namun berlaku sedikit kekecohan apabila Jamal ingin meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin berhubung  Pengedaran Risalah siri jelajah BERSIH 5 yang menghasut rakyat untuk  menjatuhkan kerajaan sedia ada supaya rakyat turun berdemonstrasi pada 19 November 2016.

Kedua-dua kumpulan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan tetapi hanya Kumpulan Baju Merah sahaja dituduh dibawah Sesyen 147 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Pada 13 April 2017 yang lalu,  Jamal yang diwakili peguam memohon dibicarakan kerana ingin mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula pertuduhan yang dibicarakan.

Kumpulan Baju Merah meminta perkara terbabit dibicarakan kerana Pertuduhan terbabit hanya ditujukan kepada mereka sahaja tetapi pihak Bersih 5 tidak diambil tindakan. - KITAIKINI