SEKINCHAN, 6 MEI - " Jangan bertelagah untuk menjadi calon Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) jika ingin menawan kembali Negeri Selangor ," itulah kata-kata yang diucapkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Jamal yang hadir merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Parit 9 Baroh, Sekinchan dalam sesi ucapannya berharap UMNO Negeri Selangor khususnya di Peringkat Bahagian tidak lagi bertelagah untuk menjadi calon seperti yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum lalu.

Faktor Ini membuatkan ahli Umno tidak bersatu dan membuatkan bilangan peratusan undi menjadi berkurangan.

Jamal turut menceritakan apa yang telah berlaku di Parlimen Sungai Besar dimana perbezaan majoriti undi di PRU yang lalu, BN Sungai Besar mendapat majoriti undi sebanyak 399 dan Pilihanraya kecil (PRK) mendapat majoriti 9191 undi adalah sebab faktor perebutan calon berkenaan.

Oleh kerana masalah faktor itu, seramai 7000 ahli Umno Parlimen Sungai Besar tidak keluar mengundi pada PRU13 yang lalu.

Dalam masa yang sama, Jamal berharap pucuk kepimpinan Barisan Nasional memilih calon PRU-14 yang sesuai dan dikenali oleh masyarakat setempat supaya perkara ini dapat dibendung dan tidak berlaku lagi permasalahan ini pada PRU 14 yang akan datang. - KITAIKINI