AMPANG, 3 MEI - Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tampil memberikan kenyataan terhadap isu empat individu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya diberitakan untuk keluar daripada parti berkenaan yang dikemukan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Menurutnya, perkara berkenaan yang kini heboh didalam media sosial sebenarnya adalah untuk mengalihkan pandangan terhadap isu penahan Datuk Adam Rosly yang ditahan oleh Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memiliki kekayaan yang luar biasa.

" Mereka sengaja membuat propaganda berkenaan supaya Menteri Besar Selangor, YB Datuk Seri Azmin Ali dapat melepaskan tekanan daripada Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya memecat Adam Rosly, "katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Jamal turut mempertikaikan isu yang dibawa Menteri Besar Selangor ini kerana meletakkan calon Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Zohdi konon-kononnya sebagai Menteri Besar Selangor yang Baharu.

Jamal turut mengingatkan ahli umno dan barisan nasional supaya tidak ' syok sendiri ' kerana perkara terbabit adalah mainan pembangkang supaya leka dengan isu yang membabitkan Ketua AMK Ampang berkenaan.

Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah pula berkata, jika ura-ura empat orang dari Parti PKR berkenaan benar-benar ingin keluar dari parti, Beliau berharap Menteri Besar Selangor dapat mengemukakan nama-nama berkenaan dan bukannya hanya ingin mengalihkan isu-isu semasa yang berlaku.

Menurut Armand lagi, " Jikalau tidak ada, bagi saya sekali lagi, Menteri Besar Selangor menipu rakyat Negeri Selangor dan beliau perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Seluruh Rakyat negeri Selangor ,". - KITAIKINI