AMPANG, 3 MEI - Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan individu yang lain hadir di Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang untuk sebutan semula kes berhubung pertuduhan merusuh di salah sebuah pusat membeli belah di kawasan berkenaan pada november yang lalu.

Menurut Jamal, beliau redha apa yang berlaku terhadap mereka walaupun perkara terbabit hanya ditujukan kepada sebelah pihak sahaja iaitu Gerakan Merah.

Jamal terkilan kerana aduan polis terhadap Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamarudin dan pengikutnya yang memulakan provokasi terbabit ketika siri jelajah Bersih 5 di pusat membeli belah berkenaan tidak diambil tindakan sehingga hari ini.

" Kami hormati undang-undang dan pertuduhan yang diberikan kepada kami tapi tidak adil jika perkara ini hanya disebelah pihak sahaja," katanya lagi.

Jamal berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap YB Zuraida Kamarudin dan pengikutnya yang memulakan provokasi terbabit.

Kes perbicaraan ini ditangguh dan sebutan semula kes pada 23 Mei ini. - KITAIKINI