PUTRAJAYA, 19 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut Sarawak akan diadakan pada 4 Julai susulan pelucutan jawatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, mesyuarat khas hari ini turut memilih 20 Jun sebagai hari penamaan calon.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai wakil rakyat daripada DAP bagi kerusi Pujut, kerana didakwa turut mempunyai kewarganegaraan Australia. - BERNAMA