BANTING, 26 APR - Isu panas yang membabitkan tempat yang diisytiharkan sebagai Hutan Warisan Dunia, Paya Indah Wetland sekali lagi dibangkitkan kerana sikap Kerajaan Negeri Selangor yang tidak memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat.

Perkara terbabit pada hari ini dibangkitkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang hadir membawa rombongan pihak media menunjukkan kawasan tadahan hujan yang ingin dibangunkan sebagai sebuah bandar baharu.

Jamal mengajukan persoalan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, 'Kenapa terburu-buru memberikan kelulusan kepada GAMUDA BERHAD untuk menjalankan Projek yang bernilai RM30 Billion ini' ?.

Dan di fahamkan Kerajaan Negeri mendapat faedah sebanyak 10% iaitu RM 3 Billion untuk dijadikan dana bagi menghadapi PRU-14 yang akan datang.

Turut dipersoalkan oleh Jamal dan mengajukan persoalan kepada Menteri Besar Selangor adalah mengenai Jabatan Alam Sekitar yang dipaksa oleh Kerajaan Negeri untuk menarik balik status tanah terbabit.
Rakyat Selangor terutama dikawasan berhampiran Hutan Warisan Dunia ini tidak sanggup menghadapi musibah jika kawasan terbabit dibangunkan yang berkemungkinan akan terjadi masalah banjir yang teruk.

Perkara ini juga turut dibantah oleh penduduk setempat, walaupun dibantah dan mendapat perhatian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pihak GAMUDA Berhad hanya memberhentikan projek terbabit selama sebulan sahaja dan terus menjalankan operasi kembali sehingga ke hari ini.

Terdahulu isu Paya Indah Wetland pernah mencetuskan kontroversi apabila perkara terbabit dibangkitkan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard yang menyifatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong cuba 'menutup penipuan' di sebalik dakwaan tindakan kerajaan negeri menukar status Paya Indah Wetland itu.

Penjelasan Elizabeth itu didapati mengandungi pelbagai keraguan apabila menyatakan tiada sebarang permohonan dibuat untuk menukar kegunaan tanah di Lot 4827 dan Lot 3974.

Chegu bard menegaskan Lot terbabit adalah LOT 68054 yang melingkungi sebanyak 619 hektar Mukim Tanjong 12 Kuala Langat yang menjejaskan kawasan hutan warisan dunia bukan lot yang disebutkan oleh Elizebeth
Menurut Chegu bard lagi, Beliau percaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali telah meluluskan penukaran status tanah tersebut pada 2015 manakala penukaran geran tanah terbabit dibuat pada APRIL 2016 yang lalu. - KITAIKINI