PETALING JAYA, 26 APR - Seorang Peserta Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Baju Merah, Duranny Izam hadir di Mahkamah Seksyen Dan Majistret Petaling Jaya pada hari ini untuk menghadapi pertuduhan dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurut Kenyataan Penasihat Undang-Undang NGO Gerakan Baju Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin, Pertuduhan berkenaan adalah dibawah seksyen 9 (1) yang memperuntukkan sebanyak RM10 000 jika disabitkan kesalahan.

Duranny Izam dituduh berkenaan satu himpunan di hadapan Bangunan Malaysiakini dan juga Sidang Media yang dilakukan oleh NGO Gerakan Baju Merah pada 5 November 2016 yang lalu.

Beliau merekodkan pengakuan tidak bersalah dan Mahkamah menetapkan pada 26 Mei 2017 ini untuk sebutan semula kes terbabit dan beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3000. - KITAIKINI