PUTRAJAYA, 18 APR - Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk membuat laporan terhadap Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin yang dikhuatiri menyalahgunakan kuasa sebagai wakil rakyat.

Isu ini juga susulan daripada penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan oleh pihak SPRM baru-baru ini kerana memiliki kekayaan yang luar biasa.

Zuraida sebelum ini menafikan Datuk Adam Rosly adalah pembantu khas beliau namun kenyataan terbabit dicanggah oleh jamal yang menyatakan beliau pernah menerima kad nama datuk adam rosly ketika mereka mendapat Darjah Kebesaran daripada Sultan Pahang yang membuktikan Ketua AMK berkenaan adalah pegawai khasnya.

Berikutan daripada kenyataan Ahli Parlimen Ampang serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang tidak mempedulikan nasib Ketua AMK Ampang berkenaan, Jamal tampil menyatakan memberi khidmat guaman secara percuma kepada Datuk Adam Rosly yang akan dibantu oleh beberapa NGO yang lain.

Menurut Jamal lagi, Adam masih lagi belum cukup matang dan terpengaruh dengan pegawai atasannya yang memiliki kemewahan hasil daripada salah guna kuasa kerajaan negeri dan Adam juga turut mengikuti apa yang dilakukan oleh mereka tanpa memikirkan risiko yang beliau akan terima.

Jamal dan pengikutnya selesai membuat laporan SPRM kira-kira jam 4 petang tadi. - KITAIKINI