KHAMIS, 13 APRIL - Pengerusi Ngo Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan yang lain didakwa di Mahkamah Majistret Ampang Jaya hari ini diatas pertuduhan merusuh di salah sebuah pusat membeli-belah di Ampang pada november yang lalu.

Mereka dituduh dibawah seksyen 147 kanun keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga diberi pilihan pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana melakukan provokasi yang boleh mengugat keamanan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM100 setiap seorang.

Mereka menafikan pertuduhan itu dan meminta supaya dibicarakan.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap mereka. Hakim juga menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula kes.

Jamal dalam kenyataan media memberitahu walaupun diberikan pemilihan pertuduhan denda sebanyak RM 100 setiap seorang, beliau memilih untuk tidak mengaku bersalah kerana perkara terbabit hanya dituduh pada sebelah pihak.

Akibat perkara terbabit hanya ditujukan kepada Gerakan Baju Merah, selesai sahaja urusan ikat jamin, Jamal dan sembilan yang lain hadir ke Balai Polis Pandan Indah membuat 10 laporan polis terhadap bersih 5 yang memulakan provokasi berkenaan.

Bersih 5 menghasut rakyat dengan memburuk-burukkan kerajaan dan menghasut orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan dengan mengadakan himpunan jalanan.

Perkara berkenaan tidak akan berlaku jika provokasi terbabit tidak dimulakan. - KITAIKINI