SEKINCHAN, 1 APR - Angkara pilih kasih membahagikan Skim Peduli Sihat Rakyat Selangor oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir di Pasar Malam Pasir Panjang, Sekinchan merasmikan Pelancaran Skim Peduli Sihat melalui Umno Bahagian Sungai Besar untuk warga selangor kira-kira pada jam 5 petang tadi.

Menurut Jamal, beliau menyasarkan 40,000 lebih orang untuk mendaftar dibawah Skim terbabit yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor sebagai Skim yang terbaik di dalam Malaysia.

Dalam pertanyaan media kepada Jamal, Program terbabit dilancarkan oleh kerana Sikap pilih kasih oleh Menteri Besar Selangor yang hanya memberikan Skim terbabit yang diperuntukkan sebanyak RM 125 juta pada tahun ini hanya diberi kepada penyokong mereka sahaja bukan kepada rakyat selangor.

Perkara terbabit dibangkitkan oleh jamal kerana membabitkan isu wang rakyat selangor yang sepatutnya diberikan kepada seluruh rakyat selangor, bukan kepada sebelah pihak.

Jamal juga berkata, Program ini akan menjadi keutamaan kepada Umno Bahagian Sungai Besar dan beliau akan mendaftarkan nama yang berkelayakan khususnya kepada ahli Umno, penduduk setempat dan penerima-penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Negeri Selangor.

Jamal turut menasihatkan azmin ali supaya mencontohi kerajaan pusat yang memberi bantuan BR1M kepada seluruh warga malaysia yang berkelayakan tidak kira daripada mana-mana parti. - KITAIKINI