SUBANG, 28 APR - Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Pengerusi Penduduk Taman Arked (wakil penduduk setempat) dan rakan media pada hari ini sekali lagi hadir di Paya Indah Wetland dengan menaiki 2 buah helikopter untuk meninjau keseluruhan kawasan bandar baharu yang sudah dilaksanakan oleh Gamuda Berhad.

Tinjauan rakan-rakan media mendapati projek tanah seluas 2,700 ekar itu telah digambus tanah di kawasan paya-paya dan perkara ini boleh menyebabkan berlakunya fenomena banjir yang teruk kerana tiada lagi penempatan untuk menampung air hujan.

Tempat terbabit telah diwartakan sebagai kawasan tadahan hujan ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) namun kerajaan negeri selangor telah meluluskan projek berkenaan kepada Gamuda Berhad yang bernilai RM 30 Billion.

Gabungan Ngo Negeri Selangor mendesak Kerajaan Negeri dibawah Kepimpinan Datuk Seri Azmin Ali supaya menghentikan atau menarik balik projek yang diluluskan terbabit dan membuat penelitian yang khusus.

Jamal turut mengulangi dan mengajukan pertanyaan kepada kerajaan negeri, "Adakah dengan meluluskan projek terbabit, kerajaan negeri terdesak mendapatkan komisyen sebanyak 10 peratus iaitu RM3 Billion untuk menghadapi Pilihanraya Umum Yang akan datang (PRU 14) ".

"Saya mempunyai dokumen-dokumen terbabit dan akan mendedahkannya dalam masa yang terdekat," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Jamal turut meminta jasa baik Gamuda Berhad supaya menghentikan projek terbabit dan memikirkan kesan buruk pada masa yang akan datang daripada memikirkan keuntungan semata-mata. - KITAIKINI