SEKINCHAN, 28 MAC - Datuk Seri Jamal Md Yunos, Penduduk Sekinchan dan Ngo serta beberapa yang lain hadir di Balai Polis Sekinchan membuat laporan polis keatas YB Ng Suee Lim mengenai penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang dilakukan oleh Adun Berkenaan.

Jamal yang hadir pada pukul 10 pagi tadi bersama beberapa yang lain serta mempunyai dokumen yang lengkap hadir membuat laporan polis kerana hilang kepercayaan terhadap Adun terbabit yang dipercayai tidak amanah dan melakukan penyelewengan dana YAWAS berkenaan semenjak tahun 2008.

" Puluhan ribu dana Yawas telah disalahgunakan oleh Adun Sekinchan berkenaan," katanya lagi.

Dalam masa terdekat ini jamal juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai penyelewengan dana berkenaan.

Dalam masa yang sama jamal turut memberitahu akan membuka penempatan untuk Biro Aduan Rakyat di Shah Alam supaya memudahkan rakyat Selangor untuk membuat aduan mengenai perkara terbabit.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi mereka selesai membuat laporan kepada pihak polis. - KITAIKINI