SEKINCHAN, 28 MAC - Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membongkar penyalahgunaan Dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang dilakukan oleh Adun Sekinchan, YB Ng Suee Lim.

Menurut Jamal, Adun Sekinchan yang selama ini dianggap jujur sebenarnya adalah korup dan tidak amanah kerana wang Khairat Kematian telah disalahguna dan adun berkenaan mengeluarkan dana puluhan ribu terbabit dengan sewenang-wenangnya sehingga waris penerima dana terbabit pun tidak mendapat bantuan yang diberikan.

Jamal juga mempertikaikan pengeluaran dana berlebihan yang dikeluarkan oleh Adun Sekinchan terbabit yang melebihi dari jumlah yang sepatutnya disalurkan kepada penerima.

" Saya sedia menerima saman dari YB Ng Suee Lim jika perkara yang dilemparkan berkenaan adalah fitnah dan bohong," katanya lagi.

Jamal turut mempersoalkan sikap ' double standard ' daripada YB Ng Suee Lim berkenaan kerana memberi dana YAWAS hanya kepada penyokong mereka sahaja bukan kepada rakyat di Negeri Selangor. - KITAIKINI