PETALING JAYA, 21MAC - Pengerusi Gabungan Ngo Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama 6 Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hadir di Perkarangan IPD Petaling Jaya untuk membuat laporan kepada pihak polis mengenai penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Menurut Jamal, mereka mengesyaki berlaku penyelewengan, ketidakjujuran dan pecah amanah yang dilakukan oleh Adun Damansara Utama, YB Yeo Bee Yin yang sebelum ini telah disebut olehnya dalam satu sidang media di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri SELANGOR.

Jamal berharap Adun terbabit tampil untuk menafikan kenyataan berkenaan jika ianya tidak benar dan Jamal bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang jika perkara berkenaan adalah fitnah.

Dalam kenyataan sidang media pada hari ini, Jamal turut mempertikaikan Kad ATM Ambank yang diberikan oleh Pihak YAWAS kepada Adun Damansara Utama berkenaan yang mengeluarkan wang secara berlebihan dan tidak mengikut tatacara yang ditetapkan.

Terdapat lebihan dana YAWAS sebanyak RM35 000 daripada Adun Damansara Utama berkenaan - KITAIKINI