SHAH ALAM, 16 MAC - Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos membidas kenyataan dari Adun Damansara Utama, YB Yeo Bee Yin yang mempertikaikan kedudukan jawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Pengerusi PERMATA supaya melepaskan jawatannya.

Jamal yang baru sahaja selesai membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor mengenai Penyelewengan Dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) oleh Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok meminta penjelasan daripada Adun Damansara Utama berkenaan mengenai dana ribuan ringgit YAWAS yang diterima olehnya.

Jamal bertanya kepada YB Yeo Bee Yin, " Mengapa menyalahgunakan  peruntukan dana YAWAS yang bernilai ribuan ringgit yang dikeluarkan melalui kad ATM Ambank yang diberikan kepada beliau oleh YAWAS dengan sesuka hati ".

Jamal meminta Adun Damansara Utama berkenaan supaya melihat diri sendiri dahulu sebelum mempertikaikan orang lain.

" Saya akan tunggu surat saman daripada Adun Damansara utama berkenaan jika perkara yang dinyatakan adalah bohong dan fitnah," kata jamal lagi.

Mengenai isu Adun Damansara Utama ini, Jamal memberitahu akan mendedahkan dengan lebih terperinci selepas ini. - KITAIKINI