SHAH ALAM, 16 MAC - Datuk Seri Jamal Md Yunos dan beberapa NGO tampil sekali lagi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini untuk membuat laporan khas mengenai Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok berkenaan dengan Dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Jamal dan 50 pengikutnya yang lain hadir kira-kira pada pukul 10 pagi ini membawa fail biru yang mengandungi maklumat yang lengkap untuk diserahkan kepada pihak SPRM.

Menurut Jamal, " Kenyataan media yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seputeh yang lalu, kononnya kami ini menyebarkan fitnah dan cuba untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai Ahli Parlimen Seputeh, namun hari ini kami hadir sekali lagi ke Pejabat SPRM untuk membuat laporan khas dan membuktikan kami ini bukanlah kaki fitnah atau pembohong seperti yang dinyatakan,".

Jamal berharap selepas ini pihak SPRM dapat menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh berkenaan kerana dipercayai ada unsur ketidaktelusan, pecah amanah dan salahguna kuasa serta berlakunya rasuah melalui dana YAWAS berkenaan. - KITAIKINI