AMPANG, 14 MAC - Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengadakan sidang media berkenaan maklum balas Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok mengenai isu penyelewengan Dana YAWAS.

Menurut Jamal, Maklum balas dari Ahli Parlimen Seputeh berkenaan adalah tidak ikhlas dan berdolak dalih.

"Seputeh telah menerima dana daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebanyak RM 2 Juta dan jika diperincikan Seputeh mendapat dana RM 1,997,000 sehingga 25 Februari 2017," katanya lagi.

Terdapat 7 kes yang telah melebihi 84 hari dimana penerima bantuan YAWAS tidak menerima bantuan sebanyak RM1000 seperti yang disebutkan oleh Ahli Parlimen Seputeh.

Seramai 55 orang masih lagi tertunggak tidak dibayar semenjak 2 tahun yang lalu, sedangkan wang peruntukan telah dikeluarkan oleh pihak YAWAS, namun tidak sampai kepada penerima.

" Kenapa perkara berkenaan boleh berlaku sedangkan wang peruntukan telah dikeluarkan dan baki berkenaan dana berkenaan dibayar lambat kepada penerima sehingga mengambil masa 1 ataupun 2 tahun, bagaimana perkara ini boleh berlaku," tanya Jamal kepada Teresa Kok.

Mengikut pertanyaan jamal terhadap Pejabat Daerah, , Mereka tidak boleh membayar bayaran baki kepada penerima YAWAS sebanyak rm1500 kerana dokumen yang diserahkan oleh wakil-wakil rakyat ini tidak lengkap.

Seramai 1900 orang penerima dana berkenaan juga lambat dibayar, mengikut Peraturan yang dikeluarkan oleh YAWAS dana RM1000 sepatutnya diberikan terus kepada penerima setelah memohon dan bakinya sebanyak rm1500 harus diselesaikan dalam tempoh 3 minggu oleh Majlis Daerah.

Jamal juga mempertikaikan, Bagaimana duit rakyat selangor ini boleh disalurkan kepada Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dan mengapa pemberian bantuan ini diberi hanya pada sebelah pihak iaitu penyokong mereka sahaja.

" Jika mereka memberitahu dana berkenaan disalurkan kepada Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan kononnya untuk dipermudahkan pemberian kepada rakyat selangor yang menetap di Kuala Lumpur, tetapi kenapa tidak dinegeri-negeri lain".

Jika perkara ini berlaku, Jamal mencadangkan agar pemberian dana ini diberikan kepada Ahli Parlimen di seluruh negeri bukan di Wilayah Persekutuan sahaja.

Menurut Jamal, Apa yang mereka lakukan ini adalah untuk kepentingan politik mereka, bukan untuk rakyat, Daripada segi data yang diterima oleh Jamal, penerima dana YAWAS kebanyakannya adalah penyokong mereka dan ahli-ahli DAP.

Berkenaan saman Teresa Kok terhadap Jamal, jamal mengalu-alukan saman terbabit dan jamal akan membuat majlis untuk menerima surat saman berkenaan.

Jamal juga ingin bertanya kepada wakil rakyat Dun Melawati di Kuala Selangor, Tuan S.Manikavasagam, Kenapa membuat pengeluaran sehingga hampir RM100,000 dan belum lagi membuat pembayaran kepada penerima dana berkenaan.

Adun Sekinchan , YB Ng Suee Lim juga belum membuat bayaran walaupun sudah menerima dana daripada YAWAS sebanyak rm 908,000.

Jamal juga membangkitkan isu dana berkenaan yang digunakan di Dun Paya Jaras, Dimana Adun berkenaan yang mengeluarkan dana ini secara berterusan, membuat pengakuan menggunakan dana ini untuk majlis kahwin anak beliau. - KITAIKINI