AMPANG, 8 MAC - Pengerusi Gabungan Ngo Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tampil menjawab penafian dari Adun Seputeh, Teresa Kok mengenai dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang kononnya tidak pernah diterima olehnya.

Menurut Jamal, Ahli parlimen berkenaan telah menerima RM2 juta sejak 2016 sehingga 25 Februari 2017 yang lalu.

Jamal juga berkata Teresa merupakan wakil rakyat yang pembohong, tidak boleh dipercayai dan hipokrit kerana hanya memberi waris sebanyak RM1000 daripada RM2500 yang sepatutnya diberikan.

Seorang individu yang bernama Chen Soon King yang lahir pada 17 September 1938 adalah mangsa kepada keadaan ini dan terdapat 40 kes lagi yang masih belum diselesaikan.

Menurut Jamal, Pegawai Adun berkenaan yang bernama Lum Suep Ling adalah individu yang bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Jamal juga bersedia untuk dikenakan tindakan jika perkara terbabit adalah bohong dan fitnah. - KITAIKINI