AMPANG, 7 MAC - Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengadakan Sidang Media mengenai Pengurusan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang tidak dilaksanakan dengan betul.

Dalam beberapa minggu yang lalu, Jamal membuat pendedahan mengenai kehilangan ratusan juta dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Khairat Kematian Negeri Selangor dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Perkara - perkara itu juga sudah dibawa dan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Jamal juga membangkitkan perkara mengenai Individu Muflis yang mengendalikan YAWAS, dimana individu terbabit menguruskan dana berjumlah RM500 juta setahun.

Beberapa hari yang lalu, Pengerusi YAWAS, Azmin Ali memberi kenyataan bahawa perkara berkenaan individu muflis terbabit juga sudah diketahui semenjak 2 bulan yang lalu namun menafikan ia dibuat ekoran tindakan jamal yang mendedahkan perkara terbabit baru-baru ini.

Dalam pada itu juga, Jamal berkata, Pengerusi YAWAS iaitu Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, gagal menguruskan YAWAS dengan baik dimana selama 2 tahun tidak mengadakan pemantauan serta mesyuarat bersama lembaga Amanah tentang pengurusan Wang Rakyat Selangor terbabit.

Jamal juga memberitahu, jika mengikut peraturan ROS, sesebuah yayasan ini mestilah mengadakan mesyuarat tahunan serta perkara-perkara urusan dalam yayasan terbabit mestilah diauditkan.

"Bagaimana YAWAS boleh dikendalikan dengan baik, jika yayasan terbabit tidak mengadakan mesyuarat dan urusan berkenaan wang rakyat selangor tidak diauditkan", katanya lagi.

Jamal juga berharap pihak ROS dapat mengambil tindakan tegas terhadap Azmin Ali kerana gagal mengendalikan YAWAS dengan baik.

Jamal turut mencabar Menteri Besar Selangor supaya mengambil tindakan terhadapnya jika perkara yang diketengahkan adalah bohong dan fitnah. - KITAIKINI