MELAKA, 29 MAC - Seramai 23 penduduk Kampung Cherana Putih di Simpang Ampat, Alor Gajah, dekat sini, terpaksa bermalam di pusat pemindahan sementara apabila rumah mereka dilanda banjir kilat, tengah malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, menerusi kenyataan, berkata mangsa dipindahkan ke Balai Raya Taboh Naning dekat sini.

"Hujan lebat semalam telah mengakibatkan kawasan sekitar Kampung Cherana Putih terjejas akibat banjir dan sehingga 8 pagi ini, mangsa belum pulang," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, sungai di kawasan itu tidak mencatatkan paras air pada tahap amaran atau bahaya. - BERNAMA