KUALA LUMPUR, 15 MAC - Pengerusi Gabungan Ngo Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tampil memberi kenyataan ringkas mengucapkan syabas kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan 13 individu yang terbabit dalam isu rasuah yang melindungi kegiatan rumah urut di Sekitar Selangor.

Mereka terdiri daripada lapan anggota polis, empat anggota bomba dan seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT)

Malah, Jamal juga berharap pihak SPRM dapat bertindak ke atas pemberi rasuah iaitu pengusaha-pengusaha rumah urut berkenaan.

“ Pengusaha yang mengusahakan kegiatan haram ini perlu di dihadapkan ke muka pengadilan termasuk juga Ahli Majlis (PBT) yang bersekongkol mengeluarkan lesen perniagaan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Pada 25 Januari 2017 yang lalu, Jamal dan beberapa pihak NGO hadir di Perkarangan Bangunan SUK, Shah Alam mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali supaya menutup Premis Judi dan Rumah Urut di Sekitar Selangor.

Ini kerana aktiviti tidak bermoral berkenaan semakin berkembang di sekitar selangor yang boleh merosakkan generasi muda mahupun yang sudah berumahtangga. 

Premis-premis berkenaan kini mencecah sehingga 7000 di Sekitar Selangor. - KITAIKINI