KOTA KINABALU, 8 MAC - Seorang warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kampung Betong Karagasan, Ranau awal pagi Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan berkata mangsa yang dikenali sebagai Bangkawat Lngkiran, 81, ditemukan rentung dalam kejadian yang dilapor kira-kira pukul 1 pagi itu.

Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran. - BERNAMA