SHAH ALAM, 28 FEB - Pengerusi Gabungan Ngo Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir di perkarangan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri untuk mengadakan sesi sidang media berkenaan isu Penyelewengan Salah Guna Kuasa Individu Muflis yang menguruskan dana RM 500 juta Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Dalam pada itu, Jamal membuat tuntutan penjelasan daripada MB Selangor, Azmin Ali, berkenaan isu terbabit kerana integriti kerajaan negeri dipersoalkan.

Katanya, individu berkenaan adalah En Kamsani Bin Nasir adalah seorang individu yang diisytiharkan muflis semenjak tahun 2008.

Menurut Jamal, Terdapat keraguan dalam pengurusan dana (YAWAS) apabila seseorang yang muflis diberi kepercayaan untuk menguruskan dana RM 500 juta berkenaan.

Jamal juga ingin memohon penjelasan dari Azmin Ali selaku Pengerusi Pemegang Amanah (YAWAS) bahawa betul ataupun tidak berlakunya kehilangan dana berjuta ringgit yang sepatutnya disalurkan untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Khairat Kematian Negeri Selangor. - KITAIKINI