SHAH ALAM, 21 FEB - Gabungan NGO Selangor dan Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk membuat laporan terhadap kekayaan luar biasa pegawai-pegawai Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Menurut Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Selangor, Mohd Imran Tamrin berkata, isu yang berlaku di Bangunan SUK yang lalu, dimana terdapat beberapa individu yang hadir membuat provokasi terhadap Sidang Media Datuk Seri Jamal Md. Yunos ketika membongkarkan isu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) membuatkan beliau ingin membuat laporan kepada pihak polis.

Tetapi setelah meneliti untuk mengambil maklumat, Imran mendapati terdapat isu kekayaan luar biasa pegawai-pegawai menteri besar selangor seperti Pegawai Khas MB, Hilman Idham dan Mohd Zulfahimin Mahadzir

Imran mengumpulkan maklumat dan hadir membuat laporan kepada SPRM pada hari ini.

Wakil Gabungan NGO Selangor merangkap Pengerusi Pertubuhan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Razali Zakaria pula berkata, maklumat yang diperolehi berkenaan banyak diviralkan di media sosial tentang isu kekayaan luar biasa pegawai-pegawai berkenaan.

Kira-kira pada pukul 3.30 petang tadi mereka selesai membuat laporan. - KITAIKINI