SHAH ALAM, 16 FEB - Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Gabungan NGO Negeri Selangor hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk menyerahkan dokumen berkenaan kehilangan atau penyalahgunaan dana sebanyak RM200 juta melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Khairat Kematian Negeri Selangor.

Jamal yang hadir kira-kira pada pukul 2.30 petang tadi hadir bertemu pegawai SPRM untuk menyerahkan dokumen dan meminta pegawai untuk menyiasat beberapa persoalan yang timbul berkaitan dana awam tersebut yang disalurkan kepada ahli-ahli parlimen tertentu di daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling.

Katanya lagi, Bolehkah dana awam negeri Selangor di salurkan kepada ahli-ahli parlimen di Wilayah Persekutuan seperti MP Pandan, MP Cheras, MP Kepong, MP Batu, MP Wangsa Maju, MP Bandar Tun Razak, MP Lembah Pantai, MP Seputeh dan MP Segambut.

Jamal juga berkata, kemusykilan timbul apabila dana yang dituju kepada MP Pandan di minta disalurkan kepada akaun yang dibuka di atas nama Muhammad Firdaus Bin Hashim.

Katanya lagi, tujuan beliau hadir juga supaya pihak SPRM menyiasat, dana SMUE berkenaan yang dipegang oleh Dr Tan Kee Kwong berkemungkinan besar telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.