SHAH ALAM, 14 FEB - Datuk Seri Jamal Md Yunos dan beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini hadir di Perkarangan Pintu Utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dengan membawa 15 Van Jenazah dan Keranda sebagai simbolik untuk bertanya mengenai kehilangan peruntukan sebanyak RM 200 juta untuk Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.

Jamal juga mengajukan soalan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, betul ataupun tidak terdapat RM 5 juta duit peruntukan hilang atau tidak dapat dikesan di dalam kawasan beliau di Parlimen Gombak.

Menurut jamal lagi, berdasarkan maklumat yang ia perolehi terdapat beberapa keraguan di dalam menyalurkan peruntukan Skim Mesra Usia Emas yang dilakukan oleh beberapa wakil rakyat atau Penyelaras Dun Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan seperti Kepong, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Jeram dan Gombak.

Katanya lagi, Jamal dimaklumkan ada penyelaras-penyelaras dun dan wakil rakyat menyalah gunakan peruntukan ini yang sebenarnya untuk membantu waris-waris kematian tetapi mereka menggunakan untuk tujuan kerja kahwin mereka.

Jamal juga mempersoalkan bagaimana wang peruntukan Skim Mesra Usia Emas ini boleh disalurkan kepada wakil-wakil rakyat di Wilayah Persekutuan dan mempertikaikan bagaimana wang peruntukan ini boleh diterima di Parlimen Pandan dan melantik orang lain untuk memegang kad AMBANK dan disalahgunakan wang peruntukan tersebut.

Menurut jamal lagi, terdapat ikon-ikon AMBANK ini yang sentiasa diberi peruntukan sebanyak RM 10,000 kepada pemegang-pemegang kad terbabit dan wang berkenaan di keluarkan dimerata-rata tempat di seluruh negeri seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain.

Jamal juga memberitahu serta menunjukkan carta aliran kepada pemberita bahawa mana-mana wakil rakyat atau Adun boleh mengeluarkan wang tersebut tanpa melampirkan apa-apa dokumen, maksimum pengeluaran sebanyak RM5000  sehari. Dana yang dikeluarkan terbabit akan di gantikan oleh Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) secara automatik ke akaun terbabit kembali, walaupun dokumen tidak dilampirkan oleh pihak YAWAS.

Inilah persoalan yang diajukan oleh Jamal tehadap Menteri Besar Selangor kemana hilangnya wang peruntukan sebanyak RM 200 juta terbabit.

Selesai pertanyaan-pertanyaan terbabit, terdapat seramai 4 orang wakil dari SUK turun ke hadapan Pintu Utama dan menyerang Jamal supaya menghentikan percakapan dan dileraikan oleh beberapa pengikut dan Pihak Polis. - KITAIKINI