AMPANG, 6 FEB - Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos serta 9 pengikutnya dibebaskan kira-kira pada jam 7 malam tadi.

Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.

Terdahulu jamal dan beberapa pengikutnya menyerbu premis mesin judi untuk membongkar kegiatan tidak bermoral di sekitar kawasan selangor.

Namun, Jamal dituduh kerana samun berkumpulan akibat terdapat beberapa barang di premis berkenaan didapati hilang dan pengadu membuat repot polis.

Selain itu, Jamal juga mengumumkan akan meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Pengerusi Ngo Selangor dan Pengerusi Gabungan Ngo Malaysia untuk mengusahakan perniagaan barunya iaitu kedai mesin judi haram

Katanya lagi, berniaga kedai judi haram lebih baik dan berkepentingan dari jawatan yang beliau miliki. - KITAIKINI