KUALA LUMPUR, 27 FEB - Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Khamis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dan laut bergelora itu turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan pada tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang terdedah kepada kenaikan paras air laut. - BERNAMA