AMPANG, 7 FEB - Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengadakan sidang media di kediaman beliau mengenai isu penahanannya ketika di reman.

Semalam, Jamal dan sembilan lagi pengikutnya dibebaskan dari tahanan reman selama lima hari kerana aduan yang diterima dari pihak polis iaitu terdapat barang berharga yang hilang di dalam premis judi berkenaan.

Aduan berkenaan dikemukakan oleh pengusaha premis judi terbabit.

Didalam tempoh tahanan reman, jamal memuji sikap anggota polis yang menjaganya didalam keadaan baik dan sempurna.

Jamal juga membangkitkan isu kedai judi yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ). 

Terdapat dua buah negeri di dalam malaysia yang memberi lesen perjudian kepada premis judi yang berselindung di sebalik Pusat Hiburan Keluarga iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Jamal juga memberitahu terdapat 700 kedai judi di Ampang dan terdapat 28 premis judi yang baharu dilesenkan.

Katanya lagi, terdapat kira-kira 7000 kedai judi di sekitar kawasan Selangor.

Jamal juga tidak menyalahi pihak polis kerana pihak polis tidak mempunyai bidang kuasa terhadap premis berkenaan sebaliknya Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang memberi lesen yang harus bertanggungjawab.

Jamal juga meluahkan rasa kekecewaan kerana perkara yg rosak akhlak ini akan merosakkan generasi yang akan datang.

Dalam isu perletakkan jawatan yang diumumkan oleh Jamal semalam, tujuan berkenaan dibuat kerana jamal
tidak mahu membabitkan Umno dan Ngo dalam krisis isu yang membabitkannya. - KITAIKINI