PUTRAJAYA, 3 FEB - Tan Sri Annuar Musa hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu yang kini digantung tugas susulan dakwaan penglibatannya dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan tiba pada pukul 8.55 pagi.

Anggota Parlimen Ketereh itu sebaik tiba dari New Zealand malam tadi, berkata beliau akan menyerah diri secara sukarela kepada SPRM agar dapat disiasat secara telus dan tanpa pilih kasih.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar. - BERNAMA