SEREMBAN, 2 FEB - Sebuah transformer elektrik di Jimah Power Plant Bukit Pelanduk, Port Dickson terbakar pagi tadi.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Ahmad Ezem Malik berkata kebakaran tidak merebak ke bahagian struktur kilang.

"Kebakaran dipercayai berlaku disebabkan masalah teknikal yang menyebabkan minyak di dalam tiang transformer berkenaan habis.

"Pihak kita sudah tutup bahagian atasnya bagi mengelakkan sebarang pengudaraan dan sekali gus untuk kawal kebakaran," katanya ketika dihubungi.

Punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA