KUALA LUMPUR, 16 DIS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos bersedia jika diberikan peluang untuk berdebat mengenai Isu-Isu Semasa bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menerusi wawancara secara 'Live' bersama wartawan Sinar Harian sebentar tadi, seorang netizen yang bertanyakan persoalan berkenaan dibalas spontan oleh Jamal dengan menjawab "Kalau boleh semalam lagi saya nak berdebat dengan Azmin Ali".

Dalam pada itu, Jamal memberitahu kepada pihak Sinar Harian supaya mengadakan satu perdebatan diantara beliau dan juga Menteri Besar Selangor berkenaan.

" Biarlah Sinar menjadi pengelola didalam acara perdebatan berkenaan," kata Jamal.

" Saya bila-bila masa dan bersedia untuk menghadapi perdebatan berkenaan cuma saya takut Azmin yang akan lari malam," kata Jamal lagi.- KITAIKINI