KUALA LUMPUR, 6 DIS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membuat satu laporan polis terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli DAP ketika ini iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Jamal, laporan polis yang dibuat pada hari ini berikutan kenyataan Zaid yang disifatkan sebagai terlalu biadap dan menghina Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

" Sebagai Anak Jati Negeri Selangor, Kami tidak akan berdiam diri jika ada mana-mana pihak yang menggangu gugat dan tidak menghormati serta menghina atau apa- apa saja yang tidak wajar tentang Sultan kami," kata Jamal.

" Sebagai seorang yang berbangsa melayu dan beragama islam, Zaid sepatutnya menghormati Sultan kerana Sultan menjadi teras perjuangan agama islam didalam negara kita ini," kata Jamal.

" Saya ingin memberitahu kepada Zaid Ibrahim bahawa kami rela mati demi mempertahankan Sultan Selangor, " kata Jamal lagi.

Laporan polis terhadap Zaid Ibrahim pada hari ini berikutan satu kenyataan di laman sosial 'twitter'nya yang menyatakan " Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya, Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar ". - KITAIKINI