KUALA LUMPUR, 6 DIS - Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membuat kejutan di Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017) di PWTC dengan membakar patung yang berwajahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli DAP ketika ini iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Jamal mengambil tindakan membakar patung berkenaan kerana ' Berang ' diatas kebiadapan yang ditunjukkan oleh Zaid dengan mengeluarkan kenyataan menghina & biadap terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“ Beliau telah pun menghina dan biadap terhadap sultan kami jadi saya nak beritahu kepada Zaid Ibrahim, langkah mayat kami dulu sebelum beliau berani mengeluarkan perkataan-perkataan cukup biadap kepada Sultan Selangor, " kata Jamal.

“ Kalau awak nak maki saya tak ada masalah, siang dan malam, 24 jam pun tak apa tetapi jangan sekali-kali menghina, mengaibkan, mengeluarkan perkataan biadap terhadap Sultan kami iaitu Sultan Selangor,” tegas Jamal.

Pada kira-kira jam 2.30 petang tadi, Jamal bersama beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membuat laporan polis terhadap kebiadapan Zaid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi.

Zaid Di laman sosial ' twitter 'nya menyatakan " Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya, Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar ". - KITAIKINI