Ampang, 1 DIS - Merujuk kepada penahanan pihak SPRM terhadap anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada beberapa hari yang lalu, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos akan membuat laporan kepada pihak SPRM tentang salah laku Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) Gombak.

Menurut Jamal, Ketua AMK Gombak berkenaan adalah perancang untuk kroni-kroni Azmin Ali.

" Kita minta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan, Kami akan membuat laporan bersama bukti, " kata Jamal.

" Kami juga dimaklumkan mereka menyimpan hasil samunan wang rakyat Selangor diluar negara seperti di London, Australia, Singapura dan Indonesia. Wang berkenaan adalah simpanan mereka untuk menghadapi PilihanRaya Umum Ke-14 akan datang dengan cara menggunakan 'Money Changer' untuk memasukkan kembali wang tersebut kedalam negara, " kata Jamal.

" Terdapat 3-4 Orang Ketua Cabang AMK yang sangat kaya raya hasil daripada kerja-kerja yang korup di Selangor dengan menggunakan kuasa Menteri Besar, Kami Akan Jelaskan satu per satu pada masa akan datang, " katanya.

" Apa yang dilaungkan oleh Azmin Ali tentang ketelusannya dalam mentadbir Negeri Selangor penuh tipu daya dan kononnya beliau menuduh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berbuat demikian namun hakikatnya merekalah penyamun sebenar," katanya.

" Saya beri amaran kepada Ketua AMK Gombak, Siap sedialah kerana kami akan kerjakan anda selepas ini, " kata Jamal lagi. - KITAIKINI